Tuesday, February 24, 2009

Satu Subuh bersama MB..

0 comments
Catatan Shamsuleffendey
AlhamduliLLah pagi td aku sempat berjemaah subuh bersama anggota Unit Amal Malaysia (UA) yang telah bertugas selama hampir 3 minggu di kediaman rasmi MB Perak. Sungguh tinggi komitmen yang telah diberikan oleh mereka. Aku??? Jarang-jarang nak pegi walaupun sebelum nih dah berazam nak bertugas kerap di situ. Then bila malam td dapat ’sms’ dari TP1 Unit Amal Perak tu, aku dah nekad. Ape nak jadi, jadi laaaa…

AlhamduliLLah tidor aku tidak selena tidor-tidor sebelum ni. Tepat jam 5.30pg aku dh trjaga (atau bahasa halusnya dijagakan). Mungkin betoi gak kata sahabat aku. Antara kelebihan waktu subuh yg lewat. Uniform UA telah aku siapkan malam td. So tinggal nak sarungkan je. Sampai ke kediaman, subuh baru menjengah. Tgk kat dewan gelap semcam jek. Iskk bikin saspen. Cam x jadik je program pagi ni. Mungkin pasai trkejut tgk aku dtg kot.

Cari punya carik akhirnya baru perasan surau baru tu terang benderang. 1st time aku dtg dulu, surau tu masih x da. Pantry dan dapur utk persiapan jamuan MB lama. Nilainya RM1juta lebih wooo. Terkejut beruk gak aku. Tempat cinonet camtu pun sampai sejuta regenya. Memang makan duit betoi pepuak UMNO ni. Cam hantu raya. Dapat kat MB orang PAS ni, ditukarnya buat surau. Leh gak sume org guna. X tau le pulak MB haram pasnih nak buat ape dengan surau tu. Jgn diruntuhkannya pulak dah le. Menangis tok mufti tu nanti. Cium pipi peruntuh surau. Keh keh keh…

So usai subuh berjemaah, yang jugak diimamkan MB aku tu, dia pun bg tazkirah ringkas. Meniupkan kata-kata semangat kepada kami para petugas UA ni. Beliau mendoakan mudah-mudahan kerja baik UA selama ini dinilai dengan sebaik-baik penilaian oleh ALLah swt. Sempat juga beliau rakamkan penghargaan atas usaha UA menemaninya kemana saja selama hampir sebulan semenjak dari peristiwa pertukaran kerajaan halal ke kerajaan haram. Akhir kata beliau mengharapkan ahli UA terus istiqamah dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan ini.

Camni nye bagus MB dah la x lama pulak bertakhtanya. Betoile kata org, org bebaik nih mmg umo x panjang. Tapi kalau x panjang sume, sapa lak yang nk berjuang nnt? Hancus dunia klu suma org cam Najib Toonya tu…
Read More......

Monday, February 23, 2009

SPRM memang takde standard

0 comments
KUALA LUMPUR: Sebanyak 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin Umno yang diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.

Jumlah itu merangkumi kira-kira 50 peratus daripada 90 aduan rasuah politik yang diterima suruhanjaya berkenaan sepanjang pemilihan peringkat bahagian Umno, tahun lalu.


Sebanyak 30 peratus atau 27 lagi kes dirujuk kepada Lembaga Disiplin Umno untuk tindakan di peringkat dalaman mengikut Perlembagaan parti kerana ia berkait rapat dengan soal disiplin.

45 kes ditutup SPRM kerana tiada bukti kukuh

“Kita tidak dapat menghasilkan fail kes yang lengkap dan kukuh kerana pengadu hanya mengemukakan aduan secara umum tanpa disertakan bukti bagi menyokong aduan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

“Kes yang sudah selesai disiasat dan lengkap dengan keterangan saksi serta maklumat dan bukti kukuh, akan diserahkan untuk tindakan susulan oleh Bahagian Pendakwaan.

Macam mana boleh siasatan dibuat, kemudian tindakan diberikan kepada lembaga disiplin UMNO..Ape ke hey nyer ni?

Read More......

Friday, February 20, 2009

Wasiat ke-6 al-Banna, jangan banyak bergurau

0 comments
Janganlah bergurau kerana umat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara, demikian wasiat Hasan al-Banna.
Selepas mewasiatkan supaya kita tak banyak ketawa, maka asy-Syahid Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam yang benar-benar ingin berdakwah dan berjihad di jalan Allah agar tidak banyak bergurau dalam pergaulan sehariannya.

Menurut beliau, umat yang berjuang itu selalu sibuk bermuhasabah mengenai masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Masalah yang membelenggu umat Islam terlalu banyak, sedangkan mereka yang ingin menyelesaikan masalah tersebut tidak ramai.

Sekiranya umat Islam banyak bergurau maka sudah pastilah masalah-masalah umat Islam itu tidak mudah diselesaikan. Sebab itulah beliau menyeru kita agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

Bersungguh-sungguh
Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).

Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah s.w.t.

Mungkin kita tertanya-tanya, kenapakah Allah s.w.t sukakan Muslim yang bersikap tekun dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya? Mungkin.. salah satu sebabnya ialah kerana Tuhan sendiri bersikap tekun dan bersungguh-sungguh tatkala Dia mencipta makhluk dengan serba kesempurnaan.

Hal ini disokong oleh sebuah hadis lain; "Sesungguhnya Allah itu cantik dan indah. Dan, dengan sebab itu, Dia sukakan keindahan.."

Barangkali.. sebab itu juga Tuhan benci manusia yang 'mencacatkan' kesempurnaan ciptaanNya. Jika lelaki menukar jenisnya kepada wanita dan wanita pula menukar jenisnya kepada lelaki, maka hal itu termasuk dalam kategori 'mencacatkan' kesempurnaan.

Demikian juga.. kalau kita menukar wajah rupa paras muka bumi yang serba hijau dengan tumbuh-tumbuhan sehingga porak-peranda atas alasan pembangunan, maka berlakulah ketidaksempurnaan dengan kejadian bukit runtuh dan sebagainya.

Betapa berhati-hatinya Tuhan dalam penciptaanNya, dapatlah kita gambarkan menerusi al-Quran sendiri. Kerapkali disebut bahawa Allah s.w.t menyusun, mencipta alam ini dalam tempoh 6 hari, 6 masa atau 6 fasa. Hal yang sama turut diungkap pada awal-awal ungkapan sebagai yang tertera dalam Perjanjian Lama.

Oleh kerana, sikap berhati-hati, tekun dan bersungguh-sungguh ini adalah sifat Tuhan ketika menciptakan alam ini, maka sebab itulah Tuhan menyukai Muslim yang suka bersungguh-sungguh, tekun dalam menunaikan pekerjaannya.

Terzahir sikap kesungguhan Tuhan itu dalam menzahirkan penciptaannya, sehinggakan Dia mempertahan kewujudan makhluk ciptaanNya yang bernama manusia walaupun keputusan mewujudkan khalifah tersebut dipersoalkan oleh para malaikat.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [Al-Baqarah: 30]

Maka, sikap bersungguh-sungguh, tekun membuat pekerjaan itu bukan cuma terletak pada sikap suka menyempurnakan kerja kita sehingga selesai. Malah, jika pekerjaan kita yang baik itu disanggah orang, maka kita akan tentu berusaha keras mempertahankannya!

Sikap kesempurnaan tindak tanduk Tuhan inilah yang perlu dicontohi oleh para dai'e, pendakwah dan mubaligh Islam ketika berusaha keras menyebarkan dakwah mereka walaupun ada tekanan penguasa dan pemerintah yang zalim dan kejam.

Pendakwah yang bersungguh-sungguh dan tekun berdakwah pasti tidak akan mengalah, malahan akan terus berjuang walaupun usaha dakwah mereka akan disekat dan dibantah pemerintah!

Tuhan sukakan Muslim yang bersungguh-sungguh membuat kerja yang baik, apatah lagi, kalau pekerjaan itu terkait dengan urusan dakwah Islam, menyebarkan kefahaman Islam. Ketekunan berceramah, menulis dan mengarang bahan-bahan ilmiah akan menyebabkan umat itu terlepas bebas daripada belitan tipu daya penguasa yang sombong dan zalim.

Tuhan tidak menyukai pendakwah yang mengalah, patah hati, kecewa dan merajuk sehingga meninggalkan usaha dakwah ke atas umatnya. Sebab itulah Tuhan merakam kisah Nabi Yunus a.s ditelan ikan Nun setelah baginda meninggalkan dakwah ke atas kaumnya sebagai suatu pengajaran.

Namun begitu, perihal taubat Nabi Yunus dalam al-Quran turut dirakam agar para pendakwah segera bertaubat jika mereka mengalah terhadap sebarang usaha pemerintah yang menyekat dakwah tersebut.

Oleh itu, pendakwah atau mereka yang beriltizam mewakafkan waktu mereka untuk berjuang memansuhkan ISA, Auku, PPSMI dan lain-lainnya janganlah pernah berhenti daripada berjuang, setelah mereka meyakini bahawa telah berada di landasan yang benar dalam perjuangan ini.

Pemerintah mesti bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyat
Sekiranya manusia Muslim itu seorang pemimpin negara, maka hendaklah dia segera menyelesaikan urusan rakyatnya sehingga sempurna. Janganlah pemerintah itu suka melambat-lambatkan tuntutan rakyat seperti melewat-lewatkan agihan gaji pekerja dengan memberikan pelbagai alasan.

Jika penguasa Muslim itu sudah meluluskan peruntukan untuk membangunkan sebuah projek perumahan, maka janganlah dia membiarkan rumah-rumah itu tidak siap atau terbengkalai pada akhirnya. Terbengkalainya sesebuah tapak projek perumahan melambangkan sikap tidak bersungguh-sungguh, tidak tekun dan cuainya penguasa itu ke atas masalah rakyatnya.

Kerja yang belum beres, tidak selesai atau projek yang tidak sempurna ini adalah simbol, lambang atau kesan daripada sikap penguasa yang tidak bersungguh-sungguh atau sikap tidak jujur seseorang penguasa itu. Mungkin pemerintah itu suka bergurau, bercanda, bermain-main dengan wanita di bar, kelab malam dan coffee house serta bermain golf pada waktu lapang.

Perjuangan belum selesai.. sebuah retorik sifar!
Dengan tiba-tiba, pada setiap kali perhimpunan parti, pemimpin jugalah yang kerap bersikap hipokrit dengan melaungkan bahawa perjuangan mereka belum selesai! Ya lah! Nak selesai macam mana kalau mereka asyik bergurau dan tidak bersungguh-sungguh membuat kerja!

Walhal sikap suka buang masa, tidak peka masalah rakyat kerana suka bermain golf, dan sikap tidak prihatin dengan bebanan rakyat itulah yang menyebabkan 'perjuangan' projek perumahan mereka telah terbengkalai.

Tapi.. bagi masyarakat yang masih belum terbangkit lagi kesedaran dan pencerahannya, akan mudahlah ditipu dengan ungkapan-perjuangan belum selesai itu. Lalu, slogan perjuangan belum selesai itu, dengan tiba-tiba melonjakkan nama para penguasa itu di mata rakyat, bahawa kononnya mereka itulah pejuang bangsa!

Perjuangan belum selesai hanyalah retorik sifar, sedangkan masa yang terluang bagi seseorang penguasa itu amat berharga.

Kisah termasyhur Saidina Umar mengendong gandum ke rumah janda-janda pada waktu malam sepatutnya menjadi pengajaran terhadap para penguasa yang asyik beretorik itu. Diriwayatkan.. tatkala Ali k.w meninggal dunia, ramailah balu dan janda yang menangis. Antara keluhan mereka..

"Selepas ini, siapa lagi yang akan mengetuk pintu rumah kami dan mengendong gandum," demikianlah raungan mereka itu. Pecahlah rahsia Saidina Ali pada ketika wafatnya itu. Demikianlah Umar dan Ali mewakafkan masa malam guna membuat amal soleh kepada rakyat termiskin.

Adakah khalifah ini suka membuang masanya untuk bermain golf, berhibur dangdut dan berlibur di luar negeri mengangkut perempuan sedangkan rakyatnya masih menderita kelaparan seperti yang terjadi pada zaman ini?

Arakian inilah antara sebab kenapa banyak masalah umat hari ini yang masih tidak beres. Sudahlah masalah tidak beres kerana mereka asyik membuang masa di padang golf, tiba-tiba mereka pula mengeluh sambil 'sembang deraih' kepada rakyat dengan menyatakan bahawa 'perjuangan' mereka belum selesai.

Percayalah.. semua ini berlaku kerana, pemimpin umat Islam tidak bersungguh-sungguh bekerja, cuai dalam pekerjaannya, suka bermain golf dan tidak banyak meluangkan masa dan mewakafkan waktunya untuk membela nasib rakyat.

Jika 'membela' sekali pun, mungkin mereka cuma membela ahli-ahli partinya kerana mahu imbuhan sesuatu atau mereka membantu dengan sokongan media kerana mahukan publisiti murahan.

Rakyat wajib menyiasat ke arah mana peruntukan waktu dan jadual ahli parlimen kita itu. Kita perlu bermuhasabah, menghisab ke arah mana menteri-menteri berhibur dan berlibur selama ini.

Jangan lagi, buat selama-lamanya kita yakin, percaya lalu menganggap bahawa kemiskinan kita berpunca daripada kelemahan kita sendiri. Mungkin 30 peratus kemiskinan rakyat kita berpunca daripada kelemahan kapital, kekurangan modal dan kebodohan sendiri.

Tapi, percayalah bahawa antara punca kelemahan kita hari ini, 70 peratus daripada bermuara daripada sikap kealpaan dan kelemahan penguasa dalam menyusun jadualnya untuk bertemu dengan rakyat dalam acara tidak rasmi.

Hasan al-Banna menyeru umat Islam supaya jangan banyak bergurau. Tapi, kalau penguasa kurang bergurau dan selalu memantau iman rakyat, berusaha keras memimpin kesedaran dan pemerintah sendiri kurang bergurau dan membuang masa, nescaya rakyat pun akan menjadi serius kerana mereka memahami bahawa dunia ini, hakikatnya adalah sebuah jambatan untuk menuju ke akhirat.

Sekali lagi.. 70 peratus kelemahan umat Islam hari ini bermuara daripada sikap penguasa yang tidak bersungguh-sungguh menunaikan kewajipan dan tugasnya sebagai pemerintah. Wallahu'alam..



Read More......

Thursday, February 19, 2009

Menjadi Emas yang Murni

0 comments
Suasana politik sekarang makin panas, makin memualkan jika tidak diisi dengan ruh perjuangan Islam. Islam mengajar setiap apa yang berlaku ada hikmah dan tipu daya yang seharusnya sebagai abna Tarbiyah menjelaskannya dalam konteks ruh Islami.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sungguh Allah akan menguji kamu dengan berbagai cubaan, sebagaimana kamu menguji (membakar) emas dengan api. Ada orang yang keluar (dari ujian tersebut) seperti emas murni, orang itulah yang dilindungi Allah dari kejelekan; ada juga orang yang keluar seperti emas yang tidak murni, orang itu masih dipenuhi keraguan; dan terakhir ada orang yang keluar seperti emas hitam, orang itulah yang terkena fitnah (siksa).” (HR Al Hakim dalam al-Mustadrak dan dia menganggapnya shahih no 7878. Hadits ini diriwayatkan juga oleh ath-Thabrani dalam al-Mu’jam)

Dalam mencari kelangsungan Tarbiyah Ruhiyyah di kala kesesatan dan kesesakan dengan mehnah dan fitnah ini, wajar sekalian para kader yang bercita-cita murni keluar sebagai emas yang murni. Mereka diuji dan semakin hebat ruh dan semangatnya untuk bersama-sama dengan gerakan Islam.

Umat Islam di zaman ini wajar berwaspada dalam setiap apa yang ditempuhinya. Tambahan gerakan ini mendedahkan diri dalam senario siasah yang penuh dinodai dengan fahaman kapitalis dan sekular. Menggenggam asas Islami dan bertindak dengan penuh strategi terhadap lawan dan kawan adalah senjata buat ahli gerakan meruntuhkan fahaman jahiliyyah dengan kemurnian Islam.

Senario politik di Malaysia akhir ini tidak pernah tenang. Satu persatu peristiwa sejarah bercatit dalam kamusnya pasca PRU ke 12. Ibarat ombak di laut tak henti-henti membadai pantai dengan ganas. Menjadi nelayan berundur sementara merancang strategi untuk membelah badai. Mencari ikan wajib..kehidupan perlu diteruskan. Menjadi ikan yang pantang dicabar dengan ombak, sentiasa bermain dengannya. Ganasnya badai tak menjadikan ikan binasa,malah menjadikan kekuatan buatnya.

Semoga semua ahli gerakan tidak berundur walau selangkah dalam emnghadapi era baru ini. Saf perlu diperkukuh dan menjauhi ketamakan pada dunia yang akhirnya menyebabkan tercalit 'karahiyatul maut'. Ahli gerakan perlu menyusun semuala strategi dalam kekalutan musuh sibuk dengan pelbagai rencam masalah. Persiapan untuk kita muncul menjunjung kemenangan Islam yang sentiasa diidamkan. Wassalam

aburedha
10.23pagi
20 Februari 2009
Jumaat
Read More......

Wajib Pilih Pemimpin Ikut Ketetapan Allah

0 comments
" Apa yang akan saya perkatakan di sini adalah bertujuan untuk membuka minda anda semua betapa peri pentingnya soal memilih pemimpin yang memerintah sesebuah negara. Perlu diingat pemimpinlah yang bertanggungjawab menentukan halatuju dan dasar negara yang diperintahnya. Jika baik pemimpinnya, maka baiklah negara dan rakyatnya. Dan jika sebaliknya, maka rosaklah negara dan rakyatnya.

Sebelum saya meneruskan pembicaraan di sini, saya mahu anda buka minda seluas-luasnya dan ingat bahawa kita adalah seorang Muslim yang mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH. Ketepikan dahulu soal parti mana yang anda sokong. Kosongkan jiwa anda dari mana-mana pengaruh.


Baiklah. Sekarang kita sebagai seorang Muslim yang belum menyertai mana-mana parti. Apa yang ada di hadapan kita sekarang ialah Al-Qur'an dan Hadis.

Saya ambil terjemahan ayat Qur'an dari Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208 ;

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."

Dalam ayat ini Allah memerintahkan kita agar menjadi seorang Islam yang tulen. Bahasa mudahnya seluruh hidup hanya berpandukan Al-Qur'an dan Hadis. Amal 'ibadah, makan-minum, pakaian, pekerjaan, jodoh, rumahtangga, pergaulan, hubungan dengan masyarakat, ekonomi, politik dan segala-galanya mesti menuruti apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan yang diajar oleh Rasulullah. Termasuklah soal memilih pemimpin (khalifah) ini.

Kita mesti ingat, setelah kewafatan Rasulullah, perkara pertama yang dibuat oleh para sahabat adalah berbincang tentang siapa yang akan dilantik menjadi Khalifah pertama bagi memimpin negara pada ketika itu. Ringkasnya, seluruh sahabat sepakat melantik Saiyidina Abu Bakar. Sebenarnya para sahabat menyedari bahawa sebelum kewafatan Rasulullah, Baginda telah memberi isyarat dengan meminta Abu Bakar menjadi Imam solat berjamaah pada hari kewafatannya. Setelah semuanya sepakat memilih Abu Bakar, barulah jenazah Rasulullah diuruskan.

Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya soal pilih pemimpin.

Seterusnya dalam Al-Baqarah (2) : ayat 30 ;

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di mukabumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Apa tanggungjawab Khalifah ?

Dalam ayat 30 ini, Ulama' tafsir menjelaskan tanggungjawab Khalifah ialah seseorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di mukabumi ini dengan berdasarkan Wahi (Wahyu) dan syari'at Allah supaya kehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan-tujuan hidup yang suci murni untuk mencapai keredhaan Allah. (Sila Rujuk Tafsir Pimpinan Ar-Rahman)

Para Ulama' Muktabar pula menyebut tanggungjawab Khalifah (pemimpin) ini ialah menegakkan agama dan mentadbir (siasah) dunia dengannya (agama).

Apa pula maksud 'agama' dalam ayat "mentadbir dunia dengan agama" ini.

Rasulullah SAW menjelaskan maksud AGAMA ialah ;

"Undang-undang dan cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas makhluk."

Baiklah. Pemimpin yang bagaimana kita wajib pilih ?

Allah telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita semua tentang ciri-ciri pemimpin yang wajib kita pilih dalam Surah As-Sajdah (32) : ayat 24 ;

"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami."

Mengapa Allah perintahkan Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah ?

Rasulullah berhijrah ke Madinah kerana mahu tegakkan dahulu Negara Islam di sana. Di Mekah pada waktu itu belum boleh ditegakkan Negara Islam sebab penentangan masih terlalu kuat daripada kalangan puak musyrikin Mekah yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab.

Sudah jelas kepada kita semua bahawa Politik (siasah syar'iah) itu ada di dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri adalah seorang Perdana Menteri bagi Negara Islam Madinah. Baginda juga seorang ahli politik yang cekap dan bijaksana.

Jika ada di kalangan individu Muslim yang mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah berpolitik, saya nasihatkan agar individu tersebut mendapatkan 'rawatan segera' sebelum terlambat.

Apa hukumnya bagi seseorang mengatakan "politik suku dan agama suku" ?

Fatwa seorang Ulama' Masyhur, Syeikh Mustafa Sabri (1869 - 1954) yang hidup di zaman Pemerintahan Islam Khalifah Uthmaniyyah menyebut :

"Jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR apabila memisahkan agama dengan politik."

Apakah kriteria pemimpin yang wajib kita ta'ati ?

Dalam Al-Qur'an, Allah jelaskan dalam Surah An-Nisaa' (4) : ayat 59 ;

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."

Apa maksud "Ulil-Amri" ? Maksudnya pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mentadbir dan memerintah negara dengan berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah. Melaksanakan Hukum dan Undang-Undang Allah.

Malangnya hari ini ramai umat Islam dalam negara tidak berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah dalam soal pilih pemimpin. Masalah ini berlaku ekoran daripada majoriti umat Islam masih berpegang kepada satu fahaman yang mengatakan agama lain, politik lain. Inilah fenomena yang amat membimbangkan kita kerana fahaman sebegini boleh menyebabkan Iman seseorang boleh terbatal tanpa sedar.

Bagi golongan Ulama' Pengampu (ulama' jahat) pula, mereka inilah yang banyak menyesatkan umat Islam dengan menyembunyikan kebenaran yang diketahui demi mempertahankan jawatan dan pangkat mereka (habuan dunia). Allah SWT melaknat golongan ini sepanjang hayat mereka selagi mereka tidak bertaubat dengan menyatakan kebenaran yang disembunyikan itu.

Dalam Al-Qur'an, Surah Al-Baqarah (2) : ayat 159 yang bermaksud ;

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Bolehkah Umat Islam Menjadi Ahli dan Menyokong UMNO ?

Oleh kerana UMNO sudah lama memerintah Malaysia dan merupakan sebuah parti orang Melayu yang terbesar dalam negara, maka saya mahu membawa minda anda untuk menilai apakah sebenarnya dasar dan fahaman UMNO selama ini.

Pertama, Almarhum Tunku Abd.Rahman selaku Presiden UMNO yang pertama mengesahkan sendiri bahawa UMNO adalah sebuah Parti Kebangsaan yang berfahaman sekular. Fahaman Sekular inilah yang memisahkan agama dengan politik. Fahaman Kristian yang menyesatkan.

Jelas kepada kita hari ini bahawa UMNO memang sebuah parti sesat.

Bagaimana pula dengan pemimpinnya ?

Bagi orang yang berakal dan celik hatinya, pasti boleh menilai sendiri bagaimana dengan kedudukan 'Aqidah para pemimpin UMNO.

Jika merujuk kepada fatwa Syeikh Mustafa Sabri tadi, memang jelas pemimpin UMNO terdiri dari golongan kafir dan munafiq.

Bolehkah umat Islam memilih pemimpin UMNO ?

Tepuk dada tanya iman anda ...

Sebelum menutup bicara, sila perhatikan maksud ayat dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 berikut ;

"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! "

Dalam ayat ini Allah menjelaskan tentang balasan yang diterima oleh golongan manusia yang salah pilih pemimpin.

Jazakallah.

http://monazmuslim.blogspot.com
Read More......

Thursday, February 12, 2009

Melahirkan 15000 huffaz..

0 comments
"Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran."






Demikian antara petikan kata-kata pemimpin Hamas Sami Abu Zuhri yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia itu daripada rejim Zionis Israel.


Beliau dengan tegas mengulangi pendirian Hamas yang tidak akan menerima sebarang syarat yang dikenakan oleh Israel bagi melakukan gencatan senjata di Palestin sedangkan sudah berpuluh tahun rejim itu mengganasi penduduk sehingga orang awam yang tidak berdosa terbunuh.

Katanya Hamas cukup dibenci dan digeruni oleh Israel kerana sentiasa berjuang untuk menegakkan dan mempertahankan Islam sebagai cara hidup.

"Agenda Israel adalah menghancurkan umat Islam di sini daripada segala segi seperti pendidikan, ekonomi dan pentadbiran dan paling utama cuba hancurkan agama Islam itu sendiri," katanya berbahasa Arab.

Read More......

K'jaan Pakatan Perak berjaya selesai isu-isu tertunggak - Malaysiakini

0 comments
Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.ambiga sreenevasanKatanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah:

Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.

YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.bullet button Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.

Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.

Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.

Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.

Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.

Ambiga berkata, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.

"Kita berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Malah, kita menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik," katanya.
Read More......

Juangnya hingga ke akhir..

0 comments
Anak yang kehilangan ayah

Kehilangan sememangnya di ratapi, namun di Perak, kehilangan itu disertai dengan semangat menebus maruah yang di cabuli hasil persekongkolan pusat, Umno negeri dan Istana. Kesedihan hanya seketika. Namun fokus kini ialah memastikan Bukit Gantang dalam gengaman. Paling menarik , DUN Changkat Jering yang diwakili pengkhianat berada di situ. Kita akan buktikan rakyat bersama PR.

Orang ramai yang memberi penghormatan terakhir.
MB Perak ds Nizar sedang membaca talqin di tanah perkuburan.


Kehilangan sememangnya di ratapi, namun di Perak, kehilangan itu disertai dengan semangat menebus maruah yang di cabuli hasil persekongkolan pusat, Umno negeri dan Istana. Kesedihan hanya seketika. Namun fokus kini ialah memastikan Bukit Gantang dalam gengaman. Paling menarik , DUN Changkat Jering yang diwakili pengkhianat berada di situ. Kita akan buktikan rakyat bersama PR.
Read More......

Allah Sedang 'Berbicara' Dengan Rakyat Perak.

0 comments
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut:

Maksudnya : Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mengatakan bahawa kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui mereka yang berdusta.
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut:

Maksudnya : Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mengatakan bahawa kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui mereka yang berdusta.

Kalaulah dibenarkan, diseru kepada rakyat Perak khususnya dan para pejuang Islam seluruh tanah air umumnya, cuba bayangkan ungkapan khusus ini:

''Adakah rakyat Perak menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mengatakan: Kerajaan kami sudah selamat/beriman/kuat dll, sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Allah telah menguji kerajaan-kerajaan Islam sebelum mereka (cth khalifah Umar Ibn Aziz, Khalifah Usmaniyyah, Kerajaan Kesultanan Melayu Islam Melaka dll), sesungguhnya Allah mengetahui pejuang-pejuang yang benar dan komited serta mengetahui pengkhianat/pendusta/perasuah yang diberi@beri rasuah RM50 juta dan sebagainya''

Insya Allah, moga kaedah ala ''al-'Ibratu bi'umumi al-lafzi la bikhususi sabab'' ini dapat memberi sedikit ketenangan hati buat pejuang-pejuang yang benar...Wahai Rakyat Perak, inilah 'Tapisan' Allah.

Ya Muqallib al-Qulub, Thabbit Qulubana 'ala Dinik (Wahai Pembolah-balik Hati, Tetapkanlah Hati-hati Kami dengan Agamamu)

Wassalam
Read More......

Wednesday, February 11, 2009

Nizar yang dikagumi

0 comments
Ahmad Lutfi Othman
Memang berat ujian buat Nizar Jamaluddin. Bagaimanapun Menteri Besar Perak ini - yang dititah letak jawatan oleh Sultan Perak namun enggan berbuat demikian - yakin beliau berada di jalan yang benar. Wajahnya tetap ceria dan berseri, cuba menyembunyikan rasa letih meniti hari yang padat. Matanya merah petanda tidak cukup tidur. Beberapa ayat awal surah ad-Dhuha menjadi rukun dalam mukadimah ucapannya, termasuk semasa wawancara eksklusif kami dengannya, juga ketika berpidato ringkas di depan Kuil Kallumaii Arul Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh, pagi 8 Feb lalu.

Biarpun boleh dianggap pendatang baru dalam dunia politik, dan tiba-tiba dilantik menjadi Menteri Besar Perak, sesuatu yang tidak pernah termimpi oleh pimpinan Perak negeri itu, Nizar memang cepat belajar dan mudah menguasai persekitarannya. Berdepan tuduhan menjadi boneka DAP, menjual kepentingan Melayu, diapit tujuh Exco bukan Islam, ditambah Speaker dan Timbalan Speaker juga bukan Islam, dengan tenang Nizar mengemudi bahtera Kerajaan Negeri Perak selama 11 tahun. Justeru, tuduhan bahawa beliau kini seorang penderhaka bukan isu besar baginya.



Pada hari paling kritikal, 5 Feb, Nizar mengikuti satu program Koridor Utara di Bagan Serai bersama Perdana Menteri. Dalam ucapannya, Abdullah Ahmad Badawi langsung tidak menyebut nama Nizar walhal beliau masih seorang menteri besar. Esoknya, akhbar perdana turut "menggelapkan" kehadirannya di majlis berkenaan. Difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Anuar Zaini yang sepatutnya berada bersama Abdullah sedang rancak "mengatur nasib" Nizar di Istana Kinta. Anuar dikatakan dalang yang cuba merosakkan hubungan baik Nizar dengan istana, dan menganggu pentadbiran kerajaan negeri. Nizar sendiri pernah memaklumkan hal itu kepada Raja Nazrin Shah, rakan karib Anuar.

Menurut laporan akhbar, Nizar secara tergesa-gesa meninggalkan majlis di Bagan Serai itu untuk menghadap Sultan. Jam 12.45 tengah hari, Nizar dilihat memasuki Istana Kinta dan keluar kira-kira 20 minit kemudian dengan mengangkat tangan menunjukkan isyarat bagus sambil berkata 'insya-Allah' kepada sekumpulan wartawan. Ramai menjangkakan baginda telah memperkenan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun. Rupanya tidak, isyarat bagus bagi Nizar adalah tanda beliau berpuas hati dapat menjelaskan semua yang terbuku di dadanya kepada Sultan. Nizar memberitahu kami, Sultan hanya diam tunduk mendengar hujahnya.

Selama ini, sejarah pendek negara kita menyaksikan bahawa tiada tokoh politik yang "selamat" jika bertembung dengan pihak istana. Konflik dengan istana rasanya tidak pernah dimenangi oleh orang politik. Justeru, apakah kita boleh bayangkan bagaimana episod ini bakal berakhir? Ternyata Nizar sendiri sukar meramalkannya, namun membayangkan ia dapat membawa kesan positif akhirnya buat rakyat dan negara. Beliau mohon kami mengulas krisis di Perak itu dari sudut yang jarang terfikir oleh orang lain. Saya sendiri agak termangu mendengarnya.

Memang Nizar di pihak yang benar. Sultan tiada kuasa untuk menitahkannya meletakkan jawatan. Di bawah sistem Raja Berperlembagaan, Sultan juga harus tunduk dengan undang-undang dan peraturan. Baginda tidak boleh masuk campur sewenang-wenangnya dalam pemerintahan negeri. Dalam situasi genting di Perak apabila BN dan Pakatan Rakyat mempunyai jumlah kerusi yang sama, dan tiga kerusi penentu wakil Bebas sedang dirujuk ke mahkamah, baginda sewajarnya memenuhi permohonan untuk membubarkan Dun. Ia langkah paling adil untuk semua pihak dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti. Jika dirasakan Nizar sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti Adun, baginda boleh menolak permohonan Menteri Besar itu dan membiarkan sahaja sidang Dun memutuskan undi tidak percaya kepada Nizar. Langkah baginda melantik menteri besar baru telah mengeruhkan lagi suasana dan langsung tidak membantu untuk memulihkan keadaan.

Memerhatikan dari dekat semasa beliau melawat tapak perayaan Thaipusam di Gunung Cheroh, saya yakin Nizar berjaya menawan hati rakyat Perak dari pelbagai kaum dan agama itu. Wajah orang ramai yang bersalaman dengannya, termasuk anak-anak kecil yang belum bersekolah, begitu ceria dan nampak senang sekali. Mereka bersorak gembira memanggil namanya sambil melambai-lambaikan tangan.

Malah ketika Anwar Ibrahim mengumumkan pada majlis ceramah perdana di kediaman rasmi menteri besar, saya dapat mengesan reaksi pantas hadirin dari masyarakat Tionghua. Semasa Anwar menegaskan bahawa jika berlaku pilihan raya negeri dan Pakatan menang, tiada calon yang akan dipilih menjadi menteri besar melainkan Nizar, beberapa anak muda Cina bertepuk sepuas hati. Mereka betul-betul gembira tidak terkata! _

Read More......

Wednesday, February 4, 2009

RAJA DAN DEMOKRASI

0 comments

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”


3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.
Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.

Firman Allah S.W.T. bermaksud :

“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.
Read More......

MB yakin keadilan Sultan

0 comments

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.

"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada parti-parti politik dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohammad Nizar, yang ditemui di Ibu Pejabat PAS Perak untuk menghadiri mesyuarat tergempar parti itu di sini malam ini, berkata pada majlis mengadap beliau dengan Sultan Perak di Istana Kinta petang tadi, Sultan Azlan Shah belum menitahkan keputusan baginda kepadanya.

"Tuanku bertitah baginda memerlukan masa untuk membuat kajian sedikit (atas cadangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)).

"Mungkin Tuanku akan merujuk kepada pakar-pakar perundangan supaya dapat mengelak sebarang krisis Perlembagaan. Saya akur dan menerima sebarang keputusan yang diperkenankan Tuanku," katanya bagi mengulas pertemuan selama dua jam di Istana Kinta petang tadi.

Mohammad Nizar berkata, majlis mengadap Sultan Perak berjalan dengan cukup baik seperti biasa dan telah mempersembahkan kepada baginda keadaan politik negeri Perak yang tidak menentu dan memohon perkenan baginda untuk membubar DUN dengan serta merta.

Memandangkan Sultan Perak belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut, "Saya masih berterusan mentadbir bersama-sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat, dan akan menjalankan tugas seperti biasa."

Beliau berkata, pada pandangan Pakatan Rakyat, bagi menyelesaikan masalah ketidak tentuan politik di negeri ini berikutan wujudnya ADUN yang melompat parti maka adalah baik diadakan pilihan raya semula dan keputusannya akan menjadi lebih bersih.

Jika Sultan Perak tidak berkenan untuk membubarkan DUN, kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh memerintah sebagai kerajaan sementara dan kerajaan ini masih sah sebagai kerajaan minoriti seperti yang berlaku di Kanada dan India, katanya.

Menyentuh mengenai tindakan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong yang meninggalkan parti DAP untuk menjadi wakil bebas dan menggugat jawatannya sebagai Timbalan Speaker DUN, Mohammad Nizar berkata "kita perlu tunggu keputusan sama ada kerajaan negeri dibubarkan atau tidak".

" Buat masa ini, kita kena kaji semula Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak mengenai perkara itu," katanya.

Menyentuh mengenai pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini yang mengatakan Barisan Nasional (BN) Perak kini mempunyai kerusi majoriti di DUN, Mohammad Nizar tidak mahu mempercayainya dan sekiranya benar ia adalah satu konspirasi politik yang besar.

Katanya, empat ADUN Pakatan Rakyat itu belum menyerahkan kenyataan rasmi mengenai keputusan mereka untuk menjadi wakil bebas.

Mengenai ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai semula Umno, Menteri Besar Perak itu mendakwa Nasaruddin mungkin dipaksa keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru disertai pada 25 Jan lalu atau "sebagainya".

Najib di Putrajaya hari ini berkata, BN memperoleh majoriti mudah untuk mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat ADUN daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN.

Empat wakil rakyat itu adalah ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada PKR, ADUN Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP dan Nasaruddin.

Najib berkata ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah memaklumkan melalui surat kepada Sultan Perak mengenai tindakan mereka keluar daripada parti masing-masing semalam manakala ADUN Bota kembali kepada Umno hari ini.

Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi dan menurut Najib, walaupun BN mempunyai bilangan kerusi DUN sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketigatiga wakil raktyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN. / Mstar

Read More......

Tuesday, February 3, 2009

Erdogan Mengundang Ribut di Davos

0 comments

Penuh sedar dan berani, itulah yang dapat diungkapkan terhadap Erdogan selepas memberikan tamparan yang mengejutkan buat Shimon Peres dan ia mengundang satu gelombang besar terhadap sikap dunia selama ini yang hanya retorik terhadap Israel.

Erdogan telah membenarkan kata-kata Saidina Umar:

"نحن قوم أعزنالله بالإسلام فاءن ابتغينا العزة فى غيره أذلنا الله"

Maksudnya : Kita adalah kaum yang diizzahkan Allah dengan Islam, maka barangsiapa yang memilih keizzhahan selain daripadanya maka Allah akan memberikannya kehinaan.

Semua pemimpin ummat Islam harus kembali segera mencontohi sikap tegas dan berani Erdogan. Nama beliau kini meniti di setiap bibir rakyat marhaen yang cintakan Islam dan keadilan. TV Al Quds menemui ramai penduduk Gaza dan ia memang tepat, pujian dan sanjungan sepenuh hati dari kalbu ummat Islam Palestine dimana-mana sahaja.

Erdogan menjadi wira dan suara baru bagi ummat Islam Palestine, setelah para pemimpin arab dan Islam lain gagal berbuat demikian.

"Presiden Peres awak lebih tua dari saya dan suara awak lebih nyaring,'' katanya kepada pemimpin Yahudi itu. ''Penyebab awak meninggikan suara adalah psikologi dari perasaan bersalah.

''Saya tidak akan meninggikan suara sebegitu. Apabila bercakap soal membunuh, awak lebih tahu bagaimana untuk membunuh. Saya amat maklum bagaimana anda menembak dan membunuh kanak-kanak di atas pantai,'' ujarnya pada Peres.

Dunia seolah-olah baru dikejutkan bahawa reaksi seorang pemimpin tertinggi sebuah negara ummat Islam amat berkesan untuk sebarang pendirian yang padu dan realistik. Sikap Erdogan mencermin hasrat kerajaan dan rakyat Turki bahkan amat tepat untuk untuk kita mengatakan bahawa beliau adalah wakil semua ummat Islam yang cintakan kedamaian di Gaza.

Renungi kata-kata Said bin Suwaid:

Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan.Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas, tetapi itu dilakukan tidak bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan.

Sikap Erdogan amat jelas dan terang, terlalu jelas untuk difahami mesejnya kepada Amerika dan Israel betapa ada lagi kuasa Islam yang tidak menjilat tapak kaki mereka untuk sebuah kekuasaan yang hina. Erdogan membuktikan beliau adalah anak jantan dalam mempertahankan hak dan keadilan sejagat.

Benarlah kata-kata Khalifah Umar al-Khattab:

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya.

Ia adalah pengajaran penting buat negara-negara Arab yang selama ini sanggup mendiamkan diri terhadap kekejaman Israel menghukum rakyat Gaza atas nama memerangi pengganas HAMAS. Mesir sendiri lebih Yahudi dari yahudi. Menangkap, menghinjak, memukul setiap rakyatnya yang menyatakan perasaan marah terhadap serangan Israel. Setiap demonstrasi pasti akan menyaksikan ummat Islam Mesir ditangkap dan dihukum.

Pelik bukan! yang dimarahkan ialah Isarel, yang disokong ialah HAMAS, tetapi yang bertindak ialah kerajaan Mesir. Apa yang dibimbangkan sebenarnya, walhal rakyat tidak pernah menyentuh kerajaan dalam demonstrasi.

Bahkan amat pelik bagi seorang pemimpin negara ummat Islam jika mereka lemah untuk menyatakan bahawa tindakan Isreal itu adalah kezaliman. Bukan sahaja tidak berani menyatakan kezaliman Israel malah keadilan untuk ummat Palestine juga tiada dalam kepala mereka. Apakah yang mereka bimbang sebenarnya jikalau mereka bersikap adil dan memperjuangkan keadilan untuk Palestine atau mereka sendiri yang tidak mahu. Apakah mereka juga rela dengan kezaliman Israel, kalaulah begitu sikap mereka, ia tidak kurang sedikit pun dari Israel bahkan mereka lah yang lebih zalim dari Israel.

Perhatikan kata-kata Saidina Umar bin Al-Khatab:

Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim.

Tetapi itulah sikap sebahagian pemimpin negara ummat Islam yang boleh saya nyatakan. Pemimpin mereka lebih memikirkan akibat dan kepentingan diri dan survival politik sekiranya mereka menyatakan sikap sebenar Islam terhadap Amerika dan Israel. Anggapan mudah buat mereka ialah "Penakut Yang Bacul".

Maksud kata-kata saidina Ali:

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani.

Yang pastinya ia tidak mencerminkan tindakan dan reaksi seiring rakyat dan pemerintah terhadap isu Palestin. Rakyat amat menyokong HAMAS selaku pejuang dan membantah tindakan Israel tetapi malang sebagai pemeritah tindakan dan sikap pemerintah tidak lebih daripada menjadi tangan dan kaki Israel dalam berhadapan dengan penentangnya.

Para pemimpin ummat Islam sedikit pun tidak membawa dan memperjuangkan inspirasi dan hasrat sebenar rakyat yang mereka pimpin. Sikap bebal itulah kezaliman yang tiada maaf, soalnya apakah mereka tidak takut dengan ancaman dan peringatan Allah terhadap tanggungjawab mereka sebagai pemimpin di akhirat kelak. Mereka sebenarnya tidak lebih dari menganiayai rakyat mereka sendiri

Perhatikan pesanan pemimpin agung ummat, Saidina Umar bin Al-Khatab:

Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.

Sebab itu saya yakin dan sedar menyatakan bahawa Erdogan adalah cerminan sebenar sikap ummat Islam seluruh dunia tetapi bukan kerajaan-kerajaan negara ummat Islam yang dikuasai oleh sekelompok manusia yang namanya Islam tetapi hatinya tidak.

Seruanku, wahai pemimin ummat hindarilah sifat takut dan lemah, bangunlah membela ummat ini dari kezaliman dan takutilah ancaman Allah bagi mereka yang memilih selain Islam sebagai penyelesaian.

Firman Allah :

“Dan barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.” (Ali Imran: 85)
Read More......
Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com