Thursday, February 19, 2009

Menjadi Emas yang Murni


Suasana politik sekarang makin panas, makin memualkan jika tidak diisi dengan ruh perjuangan Islam. Islam mengajar setiap apa yang berlaku ada hikmah dan tipu daya yang seharusnya sebagai abna Tarbiyah menjelaskannya dalam konteks ruh Islami.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sungguh Allah akan menguji kamu dengan berbagai cubaan, sebagaimana kamu menguji (membakar) emas dengan api. Ada orang yang keluar (dari ujian tersebut) seperti emas murni, orang itulah yang dilindungi Allah dari kejelekan; ada juga orang yang keluar seperti emas yang tidak murni, orang itu masih dipenuhi keraguan; dan terakhir ada orang yang keluar seperti emas hitam, orang itulah yang terkena fitnah (siksa).” (HR Al Hakim dalam al-Mustadrak dan dia menganggapnya shahih no 7878. Hadits ini diriwayatkan juga oleh ath-Thabrani dalam al-Mu’jam)

Dalam mencari kelangsungan Tarbiyah Ruhiyyah di kala kesesatan dan kesesakan dengan mehnah dan fitnah ini, wajar sekalian para kader yang bercita-cita murni keluar sebagai emas yang murni. Mereka diuji dan semakin hebat ruh dan semangatnya untuk bersama-sama dengan gerakan Islam.

Umat Islam di zaman ini wajar berwaspada dalam setiap apa yang ditempuhinya. Tambahan gerakan ini mendedahkan diri dalam senario siasah yang penuh dinodai dengan fahaman kapitalis dan sekular. Menggenggam asas Islami dan bertindak dengan penuh strategi terhadap lawan dan kawan adalah senjata buat ahli gerakan meruntuhkan fahaman jahiliyyah dengan kemurnian Islam.

Senario politik di Malaysia akhir ini tidak pernah tenang. Satu persatu peristiwa sejarah bercatit dalam kamusnya pasca PRU ke 12. Ibarat ombak di laut tak henti-henti membadai pantai dengan ganas. Menjadi nelayan berundur sementara merancang strategi untuk membelah badai. Mencari ikan wajib..kehidupan perlu diteruskan. Menjadi ikan yang pantang dicabar dengan ombak, sentiasa bermain dengannya. Ganasnya badai tak menjadikan ikan binasa,malah menjadikan kekuatan buatnya.

Semoga semua ahli gerakan tidak berundur walau selangkah dalam emnghadapi era baru ini. Saf perlu diperkukuh dan menjauhi ketamakan pada dunia yang akhirnya menyebabkan tercalit 'karahiyatul maut'. Ahli gerakan perlu menyusun semuala strategi dalam kekalutan musuh sibuk dengan pelbagai rencam masalah. Persiapan untuk kita muncul menjunjung kemenangan Islam yang sentiasa diidamkan. Wassalam

aburedha
10.23pagi
20 Februari 2009
Jumaat

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com