Tuesday, February 24, 2009

Satu Subuh bersama MB..


Catatan Shamsuleffendey
AlhamduliLLah pagi td aku sempat berjemaah subuh bersama anggota Unit Amal Malaysia (UA) yang telah bertugas selama hampir 3 minggu di kediaman rasmi MB Perak. Sungguh tinggi komitmen yang telah diberikan oleh mereka. Aku??? Jarang-jarang nak pegi walaupun sebelum nih dah berazam nak bertugas kerap di situ. Then bila malam td dapat ’sms’ dari TP1 Unit Amal Perak tu, aku dah nekad. Ape nak jadi, jadi laaaa…

AlhamduliLLah tidor aku tidak selena tidor-tidor sebelum ni. Tepat jam 5.30pg aku dh trjaga (atau bahasa halusnya dijagakan). Mungkin betoi gak kata sahabat aku. Antara kelebihan waktu subuh yg lewat. Uniform UA telah aku siapkan malam td. So tinggal nak sarungkan je. Sampai ke kediaman, subuh baru menjengah. Tgk kat dewan gelap semcam jek. Iskk bikin saspen. Cam x jadik je program pagi ni. Mungkin pasai trkejut tgk aku dtg kot.

Cari punya carik akhirnya baru perasan surau baru tu terang benderang. 1st time aku dtg dulu, surau tu masih x da. Pantry dan dapur utk persiapan jamuan MB lama. Nilainya RM1juta lebih wooo. Terkejut beruk gak aku. Tempat cinonet camtu pun sampai sejuta regenya. Memang makan duit betoi pepuak UMNO ni. Cam hantu raya. Dapat kat MB orang PAS ni, ditukarnya buat surau. Leh gak sume org guna. X tau le pulak MB haram pasnih nak buat ape dengan surau tu. Jgn diruntuhkannya pulak dah le. Menangis tok mufti tu nanti. Cium pipi peruntuh surau. Keh keh keh…

So usai subuh berjemaah, yang jugak diimamkan MB aku tu, dia pun bg tazkirah ringkas. Meniupkan kata-kata semangat kepada kami para petugas UA ni. Beliau mendoakan mudah-mudahan kerja baik UA selama ini dinilai dengan sebaik-baik penilaian oleh ALLah swt. Sempat juga beliau rakamkan penghargaan atas usaha UA menemaninya kemana saja selama hampir sebulan semenjak dari peristiwa pertukaran kerajaan halal ke kerajaan haram. Akhir kata beliau mengharapkan ahli UA terus istiqamah dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan ini.

Camni nye bagus MB dah la x lama pulak bertakhtanya. Betoile kata org, org bebaik nih mmg umo x panjang. Tapi kalau x panjang sume, sapa lak yang nk berjuang nnt? Hancus dunia klu suma org cam Najib Toonya tu…

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com