Monday, March 23, 2009

Doa Istikharah

0 comments
(riwayat Bukhari, dari Jabir bin Abdillah R.A.)

Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anhu berkata: Adalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam mengajari kami shalat Istikharah untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari surah Al-Quran. Beliau bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan shalat sunnah (Istikharah) dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ. اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ -وَيُسَمَّى حَاجَتَهُ- خَيْرٌ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ -أَوْ قَالَ: عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاقْدُرْهُ لِيْ وَيَسِّرْهُ لِيْ ثُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ شَرٌّ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ -أَوْ قَالَ: عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاصْرِفْهُ عَنِّيْ وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِيْ بِهِ)).

“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu. Aku mohon kepadaMu sesuatu dari anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedang aku tidak kuasa, Engkau mengetahui, sedang aku tidak mengetahuinya dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebut persoalannya) lebih baik dalam agamaku, dan akibatnya terhadap diriku atau -Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: …di dunia atau akhirat- sukseskanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berilah berkah. Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini lebih berbahaya bagiku dalam agama, perekonomian dan akibatnya kepada diriku, maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan kebaikan untukku di mana saja kebaikan itu berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku.” [89]

[89] HR. Al-Bukhari 7/162.

Kumpulan Doa dan Dzikir Dari Al Quran dan As Sunnah Said bin Ali Al Qathani

Read More......

Wednesday, March 11, 2009

Rahsia Hulu Langat

0 comments

Sambutan Maulidur Rasul yang begitu bermakna pada tahun ini mencatatkan satu lagi sejarah yang menobatkan tahun 2009,siri-siri catatan sejarah yang bersilih ganti dengan pelbagai isu dan konflik.

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.


Seperkara lagi ramai tertnya-tnya siapakah Syeikh Mahmud Al-Majzub..cari punya cari terjumpa lah sedikit latar belakang pasal kumpulan tariqat ini..mungkin rakan ada maklumat untuk kongsi..Sati artikel yang dipetik dari Halaqah.net menceritakan latar belakang pergerakan itu.

"Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd. Rahman, didapati menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd. Rahman di mana jua berada, hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH subhanahu wata'ala". Demikian Warta Kerajaan Negeri Selangor yang dibuat pada 25 Oktober 1995 memfa twakan ajaran tersebut.

Ajaran Tarekat yang dipimpin oleh Syeikh Mahmud al-Kedahi ini, seperti kebanyakan ajaran tarekat yang lain, mengandungi unsur taksub. Tarekat yang ditubuhkan pada awalnya di Batu 5, Sik, Kedah, telah berkembang ke Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang, Baling. Pada 25 April 1979, ajaran ini diharamkan di Negeri Kedah.

la berpindah pula ke Selangor iaitu di Surau Nurul Iman, Batu 12 3/4, Jalan Sungai Long , Hulu Langat. Tarekat ini juga dikenali dengan Tarekat Ahmadiah Qadiriah.

Menurut Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (2000), ciri-ciri kesalahan ajaran ini antaranya; pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan makan makanan yang berdarah, hanya minum seteguk air sahaja apabila dahaga. Semasa upacara berzikir, suara diangkat dan diselang-selikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib.

Kemuncak ratib ialah pengikut akan melompat tidak sedarkan diri. Beberapa perlakuan aneh berlaku. Ada yang menari, ada yang tertonggeng, terselak kain dan ada yang menangis. Mengikut Mahmud, itu menunjukkan pengikutnya banyak dosa. Para pengikut pula menyatakan, ketika itu mereka sampai ke kemuncak kelazatan.

Gurunya mendakwa menerima wahyu dari langit. Pengikut pula menganggap gurunya adalah imam Mahdi al-Muntazar. Oleh itu, para pengikut menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang lain yang tidak mengikut ajaran tersebut.

Selanjutnya guru membuat dakwaan yang aneh-aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran ketika bertapa di gua Bukit Enggang dan beribadat di gua yang digali. Dianugerahkan Allah kepadanya kekuasaan untuk mengetahui yang mana hak dan yang mana batil tanpa belajar, serta Allah memperlihatkan kepadanya dunia yang penuh dosa.

Mohd Fakhruddeen Che Omar (2001), calon Sarjana Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, sempat mengadakan temubual dengan empat orang pengikut tarekat tersebut termasuk isteri keempat kepada wali mursyid Syeikh Mahmud yang dipanggil dengan gelaran 'Umi'. Beliau salah seorang guru di Sekolah Menengah Madrasah Nurul Iman, Sungai Long, Hulu Langat, Selangor. Menurut Umi, mursyid adalah mujaddid umat yang tidak ada apa-apa kepentingan diri dan ikhlas semata-mata kerana Allah.Tanggung jawab murid adalah patuh dan taat kepada guru.

Umi sebagai isteri dan sekali gus murid Haji Mahmud, mengutamakan kedudukan adab sebagai murid. Rasa hormat yang tinggi dan mendalam kepada suami, menjadikannya lebih berwaspada agar tidak melanggar adab. Harapannya, dapat mengecapi nikmat dan keistimewaan sebenar dalam dunia kesufian yang dilalui oleh suaminya yang tercinta. Matlamatnya untuk menghabiskan beberapa banyak selawat dalam satu hari dan sanggup mengqada'nya jika tidak sempat habis pada hari yang sama. Katanya, "Bila ada istiqamah barulah dapat memperolehi hikmah".

Menurut seorang lagi pengikut yang menetap di perkampungan tarekat itu; ... “seorang mursyid adalah merupakan pembimbing manusia berlandaskan al-Qur'an dan al-Sunnah yang menjadi contoh dan ikutan ramai". Katanya; "setiap mereka yang ingin mencari kemuliaan diri, adalah memerlukan seorang guru mursyid sebagai pembimbing. Mereka perlu memperbanyakkan selawat iaitu kira-kira 3000 selawat sehari".

Seorang guru di Madrasah Nurul Iman mengatakan; "... liku hidup yang mencabar ini perlu ditempuhi dengan keberkatan seorang guru yang mempunyai matahati... Murid pula perlu patuh terhadap sesuatu yang diarahkan oleh guru dalam bentuk memberi khidmat".

Sementara itu seorang lagi pengikut yang merupakan tukang masak di perkampungan tarekat itu, sentiasa berusaha mendisiplin diri, tidak melakukan perkara yang sia-sia. Sebagai murid yang taat, dia akan sentiasa melakukan apa sahaja yang disarankan oleh guru mursyid mengikut kemampuan yang ada. Antara yang disarankan kepada beliau ialah membaca ayat kursi tujuh kali pada setiap pagi dan petang.

Berselawat pada tiap waktu sembahyang 40 saat, setiap hari 40 minit dan sebulan 40 jam. Beliau pernah bersuluk selama tiga hari tiga malam di mana para salik tidak tidur, tidak makan dan tidak minum. Bahkan duduk tekun beribadat, berselawat, berzikir mengikut syarat dan tertib tertentu. Beliau selanjutnya menceritakan pernah berpuasa selama 4 bulan sepuluh hari dengan berpantang tidak makan binatang atau makanan yang berdarah dan berminyak.

Rujukan : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=240.0

Tetap menjadi persoalan..siapakah Syeikh Mahmud Al-Majzub ini? Apakah kepentingan memanggil dua pemimpin utama negara tersebut? Apakah kepentingan Pak Lah n Anwar menyambut pelawaan Syeikh Mahmud Al-Majzub untuk ke Hulu Langat? Adakah ada perbincangan rahsia? Perdamaian rahsia?..wallahua'alam..kita menunggu episod seterusnya apa akan berlaku..
Read More......

Saturday, March 7, 2009

Harumnya bom asap itu..

0 comments
Suasana perhimpunan dan perarakan membantah PPSMI hari ini pada awalnya dilihat seakan tenang tanpa ada sebarang insiden yang mencemaskan. Krew kami berada di Masjid Negara sekitar jam 11.30 pagi. Ketika itu hanya kelihatan beberapa orang penyokong bantah PPSMI yang sudah tiba dan bersedia. Kelihatan juga beberapa orang individu mengambil kesempatan menjual cenderahati PPSMI seperti t-shirt, kain lilit kepala dan sebagainya. Di luar masjid suasana masih tenang seolah-olah tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Kelihatan juga beberapa orang anggota polis sedang mengawal di luar pagar masjid. Sementara di dalam masjid juga masih tidak ramai rakyat yang hadir. Kami menyangka perhimpunan ini tidak mendapat sambutan dek kerana rakyat takut dengan tekanan yang bakal diberikan oleh pihak polis.

Kira-kira sejam kemudian, barulah kelihatan orang ramai mulai berpusu-pusu hadir dan memberi sokongan. Mereka kelihatan ceria dan begiti bersemangat untuk sama-sama berarak membawa memorandum bantahan PPSMI ke Istana Negera.


Seketika kemudian kelihatan bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara A Samad Said tiba. Ketibaan mereka disambut meriah oleh para penyokong yang sudah menanti untuk bergerak ke Istana Negara. Sebelum bergerak, para penyokong PPSMI bersolat Zohor secara berjemaah. Sebelum itu kelihatan Presiden PAS, Tuang Guru Hj. Abd Hadi Awang tiba dan disambut dengan laungan "takbir" oleh ramai penyokong PAS yang sedang setia menanti. Dianggarkan hampir 1,000 orang anggota unit Amal PAS yang bertugas untuk menjaga keselamatan dan memantau para penykong yang hadir. Selepas bersolat, mereka kemudian mendengar amanat daripada beberapa orang pemimpin dan aktivis bahasa. Selepas itu barulah perjalanan dimulakan. Ketika bergerak keluar dari pintu masjid, kelihatan beberapa anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mengepung. Namun halangan itu akhirnya berjaya dilepaskan. Ikuti rentetan perjalanan para penyokong bantah PPSMI dari Masjid Negera ke Istana Negara yang begitu "mendebarkan" tadi.


1.00 pm - Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad amat terharu dangan kehadiran lebih dari 200 orang yang menyokong perjuangan ‘Perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris’ (PPSMI) pada ketika ini. Sementara itu ramai lagi yang dijangka akan tiba.


Beliau menyatakan perasaan terharunya kepada sekumpulan wartawan yang berkumpul di perkarangan Masjid Negara tengah hari tadi. Hassan berkata polis akan mengiringi rombongan beliau ke Istana Negara untuk memudahkan penyampaian memorandum tersebut. Sementara itu, aktivis seni HMI Mohamad Salleh Abu Bakar,74 yang juga bekas Setiasusaha Dewan Rakyat membacakan sebuah puisi bertajuk ‘Telinga satu Berlidah dua’ di hadapan anak-anak muda yang hadir menyokong perhimpunan hari ini. Kedengan laungan takbir oleh sekumpulan anak muda mengalu-alukan kedatangan Sasterawan Negara A Samad Said di perkarang Masjid Negara menuju ke barisan hadapan perhimpunan yang telah lama bersiap sedia untuk berarak. Beliau memulakan ceramahnya dengan berkata Bahasa Melayu dalam perlembagaan, tugas kita sebagai Negara merdeka 50 tahun untuk memastikan bahasa kita hidup untuk ilmu pengetahuan. Ucapan beliau itu penuh dengan semangat dan di iringi dengan tepukan serta laungan takbir oleh anak-anak muda yang hadir menyokong.

1.30 pm - Seramai 250 mahasiswa Cina memasuki kawasa perkarangan Masjid Negara membawa sepanduk ‘mansuhkan PPSMI’





2.30 pm - Hampir 50 ribu penyokong bantah PPSMI sedang menuju ke Istana Negara di ketuai oleh bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad dan A Samad Said . Dalam hujan yang renyai-renyai, perarakan diteruskan dengan penuh semangat.


2.40 pm - Polis bertindak menembak gas pemedih mata walaupun ada kanak-kanak dalam perarakan tersebut. Kanak-kanak kecil dan warga emas menjadi mangsa gas pemedih mata polis. Perarakan diteruskan sehingga ke Jalan Syed Putra, kira-kira satu kilometer ke Istana Negara.


3.00 pm - Polis menembak meriam air kearah perarakan berdekatan Public Bank, Kelihatan helikopter berlegar-legar rendah di ruang udara. Perarakan tetap di teruskan dangan laungan ‘tentang PPSMI’.


Walaupun pihak polis sedang menyekat perarakan tersebut namun penyokong tetap merempuh dan terus berjalan menuju ke Istana Negara. Perarakan tersebut telah sampai ke Bangunan Koperasi Polis. Kelihatan ketua Pemuda PAS pusat, serta wakil Ketua Angkatan Muda KeADILan dan Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin juga berada di tengah-tengah asakan orang ramai yang menuju ke Matlamat mereka. Kenderaan yang lalu lang juga membunyikan hon masing-masing dengan berirama tanda memberi sokongan kepada penyokong bantahan PPSMI itu. Terdapat kekecohan di sini sana dengan pasukan polis yang cuba menghalang pergerakan. Dua buah bas yang membawa Orang Asli dari Tapah, Perak di tahan berdekatan Tol Damansara dan dibawa ke Balai Polis Sentul. Difahamkan Tok Batin dan isterinya sahaja dapat lolos ke Masjid Negara dengan menaiki kereta.

# Lagi foto-foto menarik akan kami kemaskini kemudian.

[Sesungguhnya pengalaman bersama rakyat dalam perarakan bantah PPSMI ini biarpun tidak sehebat perarakan Bersih dua tahun lalu, namun ternyata ianya sudah cukup untuk membuka mata dan telinga kerajaan agar mendengar suaraa rakyat. Jika tidak sudah pasti UMNO dan BN bakal terkena satu lagi gelombang "Tsunami Politik" dalam pilihanraya umum akan datang. Justeru itulah mereka harus berhati-hati dengan setiap tindakan. Kami juga kecewa dan terkejut dengan tindakan FRU menyerang Masjid Negara. Mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata dan water canon secara membabi buta persis Israel menyerang umat Islam di Palestin. Kasihan benar melihat anak-anak kecil dan orang tua yang menjerit dan menangis akibat tidak tahan terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah mereka itu].
Read More......

Sunday, March 1, 2009

Sekitar Majlis Pengkebumian Mertua MB Ir Nizar

0 comments
Awal tengahari hari tadi berlangsung upacara pengkebumian Bonda kepada Datin Seri Fatimah Taat dan Ibu Mertua kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam (28hb. Februari, 2009) di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Datuk, Tapah, Perak Darul Ridzuan.
Jenazah dibawa ke Masjid Tapah untuk disembahyangkan lebih kurang jam 11:15 pagi dan YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar telah mengimamkan solat jenazah.

Kelihatan ramai sahabat-sahabat, rakan-rakan, penyokong-penyokong dan teman-teman seperjuangan hadir untuk memberi penghormatan terakhir dan menyampaikan ucapan takziah kepada YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar dan Datin Seri Fatimah atas pemergian Allahyarhamah.

Antara yang hadir ialah Mustafa Ali, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Zul, Saudara Idham Lim, Ustaz Norazli dan Saudara Misbahul Munir.

Pasangan yang tabah, YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar dan Datin Seri Fatimah Taat.
YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar mengimamkan solat jenazah.
Mengamimkan doa selepas solat jenazah.
Ketika jenazah sedang diturunkan kedalam liang lahad.
Menyempurnakan bacaan talkin.
Penghormatan terakhir.
Jenazah Allahyarhamah disemadikan disebelah pusara suaminya Taat bin Haji Abdul Rahman yang terlebih dahulu meninggalkan mereka pada 4hb. November, 1974.
Read More......

Murabbi yang hilang

0 comments
Semalam semasa berada di Kelantan utk majlis walimah Adi dan Farahiyah di Kg Paya Bemban,KB mendapat berita menyedihkan pulangnya Murabbi Tarbiyah, Ust Wan Jamil ke rahmatullah. .semasanya hayatnya tidak asing lg Ust memenuhi pengisian utk Tamrin2 di Nilam Puri dan KL..pengorbanannya telah melahirkan ramai pelapis ahli gerakan yg istiqamah dan berjiwa kental..sewajarnya kita meneladani kehidupannya, istiqamah hingga akhir hayat dan menyampaikan AL FATIHAH buat Murabbi yang hilang..Ustaz Wan Jamil Mahmood..

Ustaz Wan Jamil Mahmood meninggal dunia

KOTA BHARU, 28 Feb (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Tumpat, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood, 63 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kira-kira jam 1 pagi tadi.

Beliau dirawat di hospital berkenaan sejak lebih sebulan lalu akibat jangkitan kuman di bahagian buah pinggang.

Sebelum ini Allahyarham yang juga mantan anggota Parlimen Tumpat sudah beberapa kali dirawat di hospital tersebut sejak tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Arniwati Sabirin merupakan anggota jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kelantan.

Selain itu beliau juga merupakan penyelia Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubur dan Ketua Whip Majlis Daerah Tumpat serta bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Mendapat pendidikan peringkat sarjana muda di universiti di Indonesia. Isterinya juga berasal dari Bukit Tinggi.

Setiausaha PAS Tumpat, Jamaluddin Ishak berkata, kematiannya merupakan kehilangan besar bagi PAS Tumpat dan Kelantan memandangkan Allahyarham merupakan seorang tokoh politik yang disegani kawan dan lawan.

"Malah kepimpinannya begitu menonjol ketika menjadi anggota parlimen Tumpat kerana aktif mengambil bahagian bagi menyuarakan masalah rakyat," katanya.

Jenazahnya akan disembahyang kira-kira jam 11 pagi ini di Masjid Pasir Pekan tidak jauh dari rumahnya. Ia dijangka diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dan jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan kampung tersebut. Alfatihah

al-Fatihah.. ..., alhamdulillah smpat mengenali beliau sebelum ni, orgnya hebat" Faizah

"al-Fatihah.. .Allahummaghfir lahu, warhamhu wa'fu 'anhu...Ya Allah KAU terimalah segala amal baktinya sepanjat hayat..KAU tempatkan rohnya beserta roh solihin dan para syuhada'..KAU lapangkan lahatnya...KAU terangi kuburnya...


Ya Allah...masih teringat lagi ...lebih 20tahun yg silam..aku pernah berdiri dihadapannya bersama saff sahabiyah melafazkan bay'ah dalam satu tamrin yg begitu bermakna dlm proses perkaderan . ..di celah lintukan cahaya sebatang lilin...lebih kurang menjelang azan subuh (semalaman tak tidur) dengan linangan air mata (Kami dan Dia (al-marhum) disulami sendu,...berazam berikat setia utk terus hidup dan mati dalam perjuangan menegakkan kalimah tauhid di dalam gerakan Islam Parti Islam Se Malaysia.

Ya Allah..kini dia sudah menemui-Mu dengan membawa amal soleh...bagaimana kami yg pernah bersama al-marhum ini...kekalkan kami di jalan ini Ya Rabb...Ya Matin..

Firman Allah swt. yang bermaksud:
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.( surah al-Ahzab:23)" Ummukhaldun

"Terimbau saya dengan Ust Wan Jamil. Saya hanya sempat sekali berprogram dengan beliau, tetapi terus hati saya terikat dengannya dan saya menganggap ust sebagai ayahanda saya saja. Beliau antara murabbi yang amat saya segan." Dzulkhairi

Read More......
Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com