Sunday, March 1, 2009

Murabbi yang hilang


Semalam semasa berada di Kelantan utk majlis walimah Adi dan Farahiyah di Kg Paya Bemban,KB mendapat berita menyedihkan pulangnya Murabbi Tarbiyah, Ust Wan Jamil ke rahmatullah. .semasanya hayatnya tidak asing lg Ust memenuhi pengisian utk Tamrin2 di Nilam Puri dan KL..pengorbanannya telah melahirkan ramai pelapis ahli gerakan yg istiqamah dan berjiwa kental..sewajarnya kita meneladani kehidupannya, istiqamah hingga akhir hayat dan menyampaikan AL FATIHAH buat Murabbi yang hilang..Ustaz Wan Jamil Mahmood..

Ustaz Wan Jamil Mahmood meninggal dunia

KOTA BHARU, 28 Feb (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Tumpat, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood, 63 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kira-kira jam 1 pagi tadi.

Beliau dirawat di hospital berkenaan sejak lebih sebulan lalu akibat jangkitan kuman di bahagian buah pinggang.

Sebelum ini Allahyarham yang juga mantan anggota Parlimen Tumpat sudah beberapa kali dirawat di hospital tersebut sejak tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Arniwati Sabirin merupakan anggota jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kelantan.

Selain itu beliau juga merupakan penyelia Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubur dan Ketua Whip Majlis Daerah Tumpat serta bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Mendapat pendidikan peringkat sarjana muda di universiti di Indonesia. Isterinya juga berasal dari Bukit Tinggi.

Setiausaha PAS Tumpat, Jamaluddin Ishak berkata, kematiannya merupakan kehilangan besar bagi PAS Tumpat dan Kelantan memandangkan Allahyarham merupakan seorang tokoh politik yang disegani kawan dan lawan.

"Malah kepimpinannya begitu menonjol ketika menjadi anggota parlimen Tumpat kerana aktif mengambil bahagian bagi menyuarakan masalah rakyat," katanya.

Jenazahnya akan disembahyang kira-kira jam 11 pagi ini di Masjid Pasir Pekan tidak jauh dari rumahnya. Ia dijangka diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dan jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan kampung tersebut. Alfatihah

al-Fatihah.. ..., alhamdulillah smpat mengenali beliau sebelum ni, orgnya hebat" Faizah

"al-Fatihah.. .Allahummaghfir lahu, warhamhu wa'fu 'anhu...Ya Allah KAU terimalah segala amal baktinya sepanjat hayat..KAU tempatkan rohnya beserta roh solihin dan para syuhada'..KAU lapangkan lahatnya...KAU terangi kuburnya...


Ya Allah...masih teringat lagi ...lebih 20tahun yg silam..aku pernah berdiri dihadapannya bersama saff sahabiyah melafazkan bay'ah dalam satu tamrin yg begitu bermakna dlm proses perkaderan . ..di celah lintukan cahaya sebatang lilin...lebih kurang menjelang azan subuh (semalaman tak tidur) dengan linangan air mata (Kami dan Dia (al-marhum) disulami sendu,...berazam berikat setia utk terus hidup dan mati dalam perjuangan menegakkan kalimah tauhid di dalam gerakan Islam Parti Islam Se Malaysia.

Ya Allah..kini dia sudah menemui-Mu dengan membawa amal soleh...bagaimana kami yg pernah bersama al-marhum ini...kekalkan kami di jalan ini Ya Rabb...Ya Matin..

Firman Allah swt. yang bermaksud:
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.( surah al-Ahzab:23)" Ummukhaldun

"Terimbau saya dengan Ust Wan Jamil. Saya hanya sempat sekali berprogram dengan beliau, tetapi terus hati saya terikat dengannya dan saya menganggap ust sebagai ayahanda saya saja. Beliau antara murabbi yang amat saya segan." Dzulkhairi

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com