Saturday, March 7, 2009

Harumnya bom asap itu..


Suasana perhimpunan dan perarakan membantah PPSMI hari ini pada awalnya dilihat seakan tenang tanpa ada sebarang insiden yang mencemaskan. Krew kami berada di Masjid Negara sekitar jam 11.30 pagi. Ketika itu hanya kelihatan beberapa orang penyokong bantah PPSMI yang sudah tiba dan bersedia. Kelihatan juga beberapa orang individu mengambil kesempatan menjual cenderahati PPSMI seperti t-shirt, kain lilit kepala dan sebagainya. Di luar masjid suasana masih tenang seolah-olah tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Kelihatan juga beberapa orang anggota polis sedang mengawal di luar pagar masjid. Sementara di dalam masjid juga masih tidak ramai rakyat yang hadir. Kami menyangka perhimpunan ini tidak mendapat sambutan dek kerana rakyat takut dengan tekanan yang bakal diberikan oleh pihak polis.

Kira-kira sejam kemudian, barulah kelihatan orang ramai mulai berpusu-pusu hadir dan memberi sokongan. Mereka kelihatan ceria dan begiti bersemangat untuk sama-sama berarak membawa memorandum bantahan PPSMI ke Istana Negera.


Seketika kemudian kelihatan bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara A Samad Said tiba. Ketibaan mereka disambut meriah oleh para penyokong yang sudah menanti untuk bergerak ke Istana Negara. Sebelum bergerak, para penyokong PPSMI bersolat Zohor secara berjemaah. Sebelum itu kelihatan Presiden PAS, Tuang Guru Hj. Abd Hadi Awang tiba dan disambut dengan laungan "takbir" oleh ramai penyokong PAS yang sedang setia menanti. Dianggarkan hampir 1,000 orang anggota unit Amal PAS yang bertugas untuk menjaga keselamatan dan memantau para penykong yang hadir. Selepas bersolat, mereka kemudian mendengar amanat daripada beberapa orang pemimpin dan aktivis bahasa. Selepas itu barulah perjalanan dimulakan. Ketika bergerak keluar dari pintu masjid, kelihatan beberapa anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mengepung. Namun halangan itu akhirnya berjaya dilepaskan. Ikuti rentetan perjalanan para penyokong bantah PPSMI dari Masjid Negera ke Istana Negara yang begitu "mendebarkan" tadi.


1.00 pm - Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad amat terharu dangan kehadiran lebih dari 200 orang yang menyokong perjuangan ‘Perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris’ (PPSMI) pada ketika ini. Sementara itu ramai lagi yang dijangka akan tiba.


Beliau menyatakan perasaan terharunya kepada sekumpulan wartawan yang berkumpul di perkarangan Masjid Negara tengah hari tadi. Hassan berkata polis akan mengiringi rombongan beliau ke Istana Negara untuk memudahkan penyampaian memorandum tersebut. Sementara itu, aktivis seni HMI Mohamad Salleh Abu Bakar,74 yang juga bekas Setiasusaha Dewan Rakyat membacakan sebuah puisi bertajuk ‘Telinga satu Berlidah dua’ di hadapan anak-anak muda yang hadir menyokong perhimpunan hari ini. Kedengan laungan takbir oleh sekumpulan anak muda mengalu-alukan kedatangan Sasterawan Negara A Samad Said di perkarang Masjid Negara menuju ke barisan hadapan perhimpunan yang telah lama bersiap sedia untuk berarak. Beliau memulakan ceramahnya dengan berkata Bahasa Melayu dalam perlembagaan, tugas kita sebagai Negara merdeka 50 tahun untuk memastikan bahasa kita hidup untuk ilmu pengetahuan. Ucapan beliau itu penuh dengan semangat dan di iringi dengan tepukan serta laungan takbir oleh anak-anak muda yang hadir menyokong.

1.30 pm - Seramai 250 mahasiswa Cina memasuki kawasa perkarangan Masjid Negara membawa sepanduk ‘mansuhkan PPSMI’





2.30 pm - Hampir 50 ribu penyokong bantah PPSMI sedang menuju ke Istana Negara di ketuai oleh bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad dan A Samad Said . Dalam hujan yang renyai-renyai, perarakan diteruskan dengan penuh semangat.


2.40 pm - Polis bertindak menembak gas pemedih mata walaupun ada kanak-kanak dalam perarakan tersebut. Kanak-kanak kecil dan warga emas menjadi mangsa gas pemedih mata polis. Perarakan diteruskan sehingga ke Jalan Syed Putra, kira-kira satu kilometer ke Istana Negara.


3.00 pm - Polis menembak meriam air kearah perarakan berdekatan Public Bank, Kelihatan helikopter berlegar-legar rendah di ruang udara. Perarakan tetap di teruskan dangan laungan ‘tentang PPSMI’.


Walaupun pihak polis sedang menyekat perarakan tersebut namun penyokong tetap merempuh dan terus berjalan menuju ke Istana Negara. Perarakan tersebut telah sampai ke Bangunan Koperasi Polis. Kelihatan ketua Pemuda PAS pusat, serta wakil Ketua Angkatan Muda KeADILan dan Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin juga berada di tengah-tengah asakan orang ramai yang menuju ke Matlamat mereka. Kenderaan yang lalu lang juga membunyikan hon masing-masing dengan berirama tanda memberi sokongan kepada penyokong bantahan PPSMI itu. Terdapat kekecohan di sini sana dengan pasukan polis yang cuba menghalang pergerakan. Dua buah bas yang membawa Orang Asli dari Tapah, Perak di tahan berdekatan Tol Damansara dan dibawa ke Balai Polis Sentul. Difahamkan Tok Batin dan isterinya sahaja dapat lolos ke Masjid Negara dengan menaiki kereta.

# Lagi foto-foto menarik akan kami kemaskini kemudian.

[Sesungguhnya pengalaman bersama rakyat dalam perarakan bantah PPSMI ini biarpun tidak sehebat perarakan Bersih dua tahun lalu, namun ternyata ianya sudah cukup untuk membuka mata dan telinga kerajaan agar mendengar suaraa rakyat. Jika tidak sudah pasti UMNO dan BN bakal terkena satu lagi gelombang "Tsunami Politik" dalam pilihanraya umum akan datang. Justeru itulah mereka harus berhati-hati dengan setiap tindakan. Kami juga kecewa dan terkejut dengan tindakan FRU menyerang Masjid Negara. Mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata dan water canon secara membabi buta persis Israel menyerang umat Islam di Palestin. Kasihan benar melihat anak-anak kecil dan orang tua yang menjerit dan menangis akibat tidak tahan terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah mereka itu].

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com