Monday, May 18, 2009

Disambut "Pengawal Puteri Gunung Ledang"


ZAINI (terbaring) dan Shahril (kiri) dibawa turun oleh pasukan penyelamat dari Gunung Ledang selepas parah disengat lebah.

Alhamdulillah Program Ekspedisi Gunung Ledang anjuran Pemuda PAS Lembah Pantai dari 15-17 Mei yg lalu berjaya diadakan..seramai 21 peserta dikalangan belia kaw. Lembah Pantai menyertai ekspedisi kali ini..namun "Allah merancang..manusia merancang..tp perancangan Allah lebih hebat"..AJK merancang modul ukhwah n tarbiyah..tp modul Tarbiyah n Ukhwah Tuhan lebih hebat n lebih berkesan dihati para peserta..

Walaupun diuji..Alhamdulilla h 10 org peserta ekspedisi samapi ke puncak Gunung Ledang..walaupun santai namun program begini memberikan impak yg besar terhadap kseluruhan peserta..

* Terima kasih byk2 kpd ahli UKP yg menyumbang kewangan ke arah menjayakn program tersebut..doakan shbt kita yg parah disembuhkan oleh Allah..syukran juga atas bantuan dr PAS Kawasan Asahan n PAS Kawasan Tangkak..wassalam

Radzi Zawawi
Pengarah Program

2 pendaki parah disengat lebah-Bharian

Mangsa kena 50 sengatan ketika panjat Gunung Ledang

TANGKAK: Dua daripada 21 pendaki Gunung Ledang, parah selepas diserang lebah selama hampir sejam berhampiran puncak gunung itu di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Zaini Abdul Aziz, 24, dan Shahril Izar, 25, yang terkena sekurang-kurangnya 50 sengatan, terpaksa dibawa turun pasukan penyelamat untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tangkak di sini, hampir 10 jam kemudian.

Seorang renjer Taman Negara Johor, Azman Ithnin, 47, turut cedera di dada selepas terjatuh ketika dalam perjalanan menyelamatkan mangsa dan terpaksa mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.


Kumpulan dari Kuala Lumpur itu dikatakan mendaki gunung itu melalui Asahan, Melaka, mulai kira-kira jam 9 pagi kelmarin dan sepatutnya bermalam di lokasi hentian yang dikenali sebagai Padang Batu sebelum meneruskan pendakian ke puncak keesokannya.

Seorang daripada pendaki itu yang juga kakitangan Universiti Malaya (UM), Rosdi Nawi, 45, berkata, kumpulannya berada berhampiran hentian Padang Batu apabila secara tiba-tiba mereka diserang sekumpulan lebah walaupun mereka tidak menemui sebarang kesan sarangnya.

Katanya, serangan lebah itu menyebabkan semua anggota kumpulan itu melarikan diri termasuk berguling ke tanah dan terjun ke anak sungai berhampiran, namun usaha itu tidak berhasil apabila lebah berkenaan terus menyengat mereka.

"Kepala saya sendiri disengat dengan sekurang-kurangnya 30 sengatan, manakala yang lain ada yang hanya terkena beberapa sengatan, tetapi Zaini dan Shahril terkena sekurang-kurangnya 50 sengatan," katanya ketika ditemui untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tangkak.

Katanya, kejadian itu menyebabkan ramai anggota pendaki itu yang muntah dan cirit birit akibat bisa sengatan dan serangan lebah itu hanya terhenti selepas hampir sejam kemudian.

Rosdi yang kali ketiga menyertai ekspedisi mendaki gunung berkata, pihaknya kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk mendapat bantuan berikutan dua daripada anggota kumpulannya itu cedera parah dan perlu dirawat segera.

Katanya, beliau bersama empat lagi rakannya termasuk dua yang cedera itu, mengambil masa kira-kira dua jam sebelum tiba di hentian tujuh yang dikenali sebagai Gunung Rundok sebelum diselamatkan oleh pasukan menyelamat.

"Mereka menggunakan laluan jalan berturap ke menara telekomunikasi berhampiran lokasi berkenaan sebelum menghantar kami ke hospital," katanya.

Beliau bersyukur kerana selain dua pendaki itu, semua anggota kumpulannya yang lain hanya cedera ringan dan masih boleh meneruskan perancangan mereka untuk bermalam di gunung itu.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com