Friday, August 7, 2009

Arak : Membuka pekung didada..


Tahniah! saya hulurkan buat YB Dr.Hassan Ali di atas ketegasan beliau dalam kontroversi isu arak di Selangor. Pertelingkahan yang membimbangkan kebanyakan penyokong-penyokong PR. Ada juga disebelah UMNO mengambil kesempatan menganjurkan demontrasi di MBSA semalam untuk menyatakan sokongan kepada MBSA merampas arak dari kedai serbaneka di Shah Alam yang kemudiannya di pulangkan semula atas campur tangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Ronnie Liu. Saya tidak suka mencampuri urusan orang politik berbalah. Desak mendesak..pecat memecat..namun hikmahnya ARAK kembali menjadi perbincangan UMUM. Saya menyokong pandangan Majlis Peguam Syarie Malaysia yang menegaskan sokongan sekatan ARAK dijual secara terbuka dan di premis-premis perniagaan umum.

Sedihnya..mana JAKIM, mana Mufti-Mufti, tokoh-tokoh akademik Pengajian Islam. Semua diam membisu..Mungkin arak dah sebati dengan negarakuku ini mereka anggap remeh dan isu biasa. Namun sebelum demotrasi Mansuh ISA..ramai plak dari golongan ini mengeluarkan fatwa-fatwa mengecam dan mengharamkan..bila akan berakhir?

MSTAR : PGSM sokong larang jual arak secara terbuka PETALING JAYA: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong sepenuhnya peraturan melarang penjualan arak secara terbuka dan di kawasan majoriti penduduk Melayu Islam. PGSM menyatakan pendirian itu bagi mengulas kekecohan yang timbul di negeri Selangor berhubung larangan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu Islam di Negeri Selangor dengan tindakan Exco Ronnie Liu yang campurtangan terhadap tindakan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam.





Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan)

Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam hadhari seperti Malaysia ini. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita yang kononnya sebuah negara Islam.

Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan keraba di raja menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.

Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manakala tokoh korporat berkenaan pula ialah Jen.(B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth (Bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (Tokoh Koporat dan Pengarah Scomi Berhad).

Tambah mengejutkan bila nama Y.A.M Tunku Naquiyuddin juga termasuk dalam senarai tiga orang senarai mereka yang akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru sebelum ini.





Mujurlah yang terpilih akhirnya adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini. Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan negara kita Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong yang juga “Tauke Kilang Arak”






0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com