Sunday, August 9, 2009

i-Konvo '09 tertangguh jua akhirnya..


Menyedihkan apabila satu-satu program yang dirancang lama terpaksa ditangguh disaat-saat akhir. i-Konvo '09 atau Ijtimak bersempena Pesta Konvokesyen Universiti Malaya yang sepatutnya diadakan pada 15 Ogos 2009 akan datang terpaksa ditangguhkan atas masalah penyertaan yang sangat sedikit. Mungkin ramai yang tidak mampu mengenepikan jadual yang lebih penting dan perlu diutamakan. Namun, tahniah pada Syed dan AJK yang terlibat yang bersusah payah meluangkan masa dan tenaga, dan Insya Allah akan cuba menyusun semula perjumpaan meraikan para graduan Wave 2009 selepas Aidilfitri akan datang.

Tahun 2009 melihatkan graduan Wave dari Akademi Pengajian Islam (Master), Sains, Kejuruteraan, Perubatan dan Pergigian akan menerima scroll pengiktirafan kejayaan mereka sepanjang menuntut ilmu di Uniperdana yang dicintai. Ucapan Tahniah buat rakan-rakan yang baru menamatkan pengajian dan selamat datang ke alam pengajian kehidupan yang lebih luas dan teruji.

* Jom ramai-ramai turun hari konvokesyen sabahat-sahabat kita di Pesta Konvokesyen..sapa berkelapangan jom singgah gerai PMI..dengar kata dah tukar konsep baru..

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com