Friday, August 7, 2009

Pemimpin DAP dah lupa daratan..


Kebelakangan ini ada dikalangan pemimpin DAP yang bertindak seolah-olah mereka mewakili suara rakyat dan parti. Namun apa yang kelihatan hanyalah kenyataan-kenyataan dangkal yang berasaskan emosi perkauman dan keagamaan.

Saya tidak berniat menuduh, tetapi sebagai rakyat yang prihatin terhadap pluralisme di Malaysia, saya merasakan budaya ini tidak sihat untuk diamalkan oleh mana-mana pemimpin di Malaysia.

Sebagai seorang muslim, kami di ajar untuk menghormati budaya dan agama lain. Kami juga dilarang untuk menghina atau merendah-rendahkan kepercayaan agama lain. Itu adalah prinsip yang diajar oleh nabi kami.

Kenyataan Ronnei Liu dan Jeff Ooi baru-baru ini serta pemimpin DAP Kedah sebelum ini, seolah-olah mereka masih belum tamat belajar di Universiti Of Malaysia (UOM). UOM mengajar kita menghormati sesama kita dan tidak bertindak membelakangi sensitiviti keagamaan dan perkauman. Sesungguhnya tuhan telah mentakdirkan untuk kita hidup bersama, mencari rezki di tanah yang sama, berhujan dan berpanas di bumi yang sama. Oleh itu seharusnya kita sentiasa mengawal tindak tanduk dari bertindak melepasi batasan emosi.

Islam adalah satu agama kedamaian, keamanan dan keadilan. Islam bukan agama keganasan atau penindasan. Asas ini perlulah diketahui oleh semua masyarakat bukan Islam. Islam juga membuka seluas-luasnya pintu perbincangan sebagai jalan penyelesaian kepada sebarang permasalahan dengan syarat tidak membelakangi prinsip Islam. Namun sekiranya Islam itu dihina dan direndahkan kemuliaannya, kami juga tidak diajar untuk berdiam diri, malah kami diajar untuk mempertahankannya. Oleh yang demikian saya menyeru seluruh pemimpin masyarakat bukan Islam yang bernaung dibawah tanah air yang bernama Malaysia agar memahami asas ini.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com