Friday, August 28, 2009

Riuh Ismail Kamus meninggal dunia..



Sejak petang tadi, sehingga malam ini puluhan sms saya terima yang mengatakan Datuk Ismail Kamus telah menghembuskan nafas terakhir. Dalam Facebook dari jam 3 petang dah tersebar.Ada yang menerima bulat-bulat berita ini tanpa usul periksa dan memanjangkan kepada orang lain. Ada juga yang sangsi dan bertanya saya akan kebenaran berita ini.

"Al Fatihah untuk Ustaz Ismail Kamus yang baru menemui Allah sebentar tadi..satu kehilangan besar buat agama dan negara. Semoga Allah mencucuri rahamat kepadanya. Fowardkkn.."

Namun akhirnya saya mendapat pengesahan dari adik Ustaz Ismail kamus yang mengesahkan bahawa Ust masih sihat walafiat dan sedang mengerjakan umrah di Makah..kepada semua AWAS berita palsu semakin mudah disebarkan dizaman IT ini

Sebenarnya pada peringkat awal mamang sukar dipercayai, namun selepas maghrib bila bertalu-talu masej masuk menyatakan berita yang sama. Seolah-olah telah yakin dengan berita tersebut. Maka selepas tarawikh saya telah mengumumkan berita tersebut pada jemaah dan ramai yang terkejut dan mengucapkan Al Fatihah dan Innalillahi wailaihiraji'un..

Sebelum ini juga saya telah menerima masej bahawa ADUN Galas, YB Che Hashim dan Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia..namun bila diselidiki rupanya ia hanyalah mainan masej-masej budak-budak nakal. Akhirnya marilah kita hanyati firman Allah tentang peri pentingnya menyelidiki setiap berita yang kita terima terutama dizaman ledakan ICT yang tiada sempadan dan etica rules..

Wahai orang-orang yang beriman: jika datang kepadamu orang-orang fasiq membawa sesuatu berita maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatan kamu”.(Surah Al Hujurat ayat 6)

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com