Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri..Ramadhan..aku ingin kembali


Kini ku mengerti kenapa sahabat Nabi mahukan ramadhan sepanjang tahun..Ramadhan telah memikat dan mengikat mereka semakin kuat dgn Allah SWT..Rama dhan juga telah menguatkan ukhuwwah kita..Ramadhan adalah Sahabat Sejati bagi kita walaupun orng fasik ...menjadikan Ramadhan musuh mereka..Ramadhan tahun ini meninggalkan memori mendalam pada kita semua..Rasa tidak mahu berpisah dengan Ramadhan kerana belum puas bergaul dengannya..Terima kasih Ramadhan kerana sudi menjadi sahabat ku tahun ini..Sudiakah engkau menjadi sahabatku lagi 1431 H akan dtg? Kerana ku rasa malu seperti tidak menghargai persahabatanmu tahun ini..

Terima kasih juga kerana menyegarkan akhlakku, menguatkan akidahku, menyuburkan rinduku pada Tuhanku..Terima kasih Ramadhan kerana kau, Allah telah membuatkanku semakin rindu dan sayang pada sahabat2ku..Maafkan aku Eidulfitri kerana namamu tidak sebanyak Ramadhan ku tulis, mungkin kerana hadirmu sehari, Ramadhan setahun..Terima kasih juga kerana walaupun sehari tapi kau hadir atas arahan Allah pasti adahikmahnya sebagai tanda terima kasih kepada Ramadhan!

SAHABATKU, KU MOHON KEMAAFAN SEPANJANG PERKENALAN KU DENGANMU TELAH MENGECEWAKAN MU KERANA MUNGKIN KU BELUM CUKUP PANDAI UNTUK MELAYANMU..KAU SEPERTI RAMADHAN TIDAK BERDOSA KEPADAKU, KERANA KEHADIRANMU KU SEMAKIN RINDU PADA ISLAM DAN PERJUANGANNYA.. SALAM EIDULFITRI SAHABAT - Nukilan Sahabat Fairuz Al Jengkari

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com