Thursday, October 15, 2009

Jamuan Aidilfitri Wave akan diadakan pada Sabtu ini

0 comments
Kuala Lumpur - Jamuan Aidilfitri Wave akan diadakan pada Sabtu ini 17 Oktober 2009, jam 8.00 malam di Dewan 1 Rumah Universiti, Universiti Malaya. Jamuan tersebut juga gabungan 2 program Wave yang tertangguh sebelum ini iaitu Perlantikan Jawatankuasa Wave yang baru dan Sambutan I-Konvo 2009.

Oleh itu, semua warga Wave dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis jamuan. Yuran dikenakan RM20 seorang dan RM30 (Berkeluarga). Jamuan tersebut akan diserikan dengan pengisian oleh tetamu istimewa dan akan membawa pulang saguhati dari Usrahwave.

Semoga semua dapat melapangkan masa dan bersama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sebarang maklumat sila hubungi :

Mohsien : 013-6979273 Radzi 012-4515067 Roshidah 013-6006304 dan Diyana 013-2965381

Sumbangan sangat-sangat diperlukan bagi sahabat2 yang tidak dapat hadir. Boleh dimajukan ke akaun tersebut :

CIMB 06080065219522 BIMB 16018020135661 atas nama Bendahari Nor Shila Shaarani (SMS Shila 012-2417936)
Read More......

Kursus Pengubatan Islam Darussyifa'

0 comments
"Sudah bertahun teringin mengikuti kelas Pengajian Perubatan Islam ini. Sejak 2 tahun lepas terlepas pendaftaran ke Darul Syifa..Ya Allah izinkan aku rezeki kelapangan masa, dan tenaga menjadi tetamu Ilmu. Amat kerdil aku berdepan dengan masyarakat yang sangat dahagakan pembimbing agama..Kalau aku miskin Ilmu..sapalah aku didepan mereka.."

Pengumuman : Permohonan untuk mengikuti Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' kumpulan ke-22 Bandar Baru Bangi sessi 2009/2010. Tarikh tutup permohonan : 14 November 2009. Tarikh temuduga: Akan diberitahu kemudian Maklumat lanjut sila KLIK DISINI

PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA'KUMPULAN KE-22 BANDAR BARU BANGI SESSI 2009/2010TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 NOVEMBER 2009TARIKH TEMUDUGA: AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;

1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun di akhir mukasurat ini.

2. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.

3. Pemohon yang bukan warga Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen.


5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta gambar, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen, hendaklah diserahkan di Pejabat Darussyifa’ sebelum tarikh tutup.

6. Borang permohonan boleh diserahkan terus di pejabat Darussyifa' atau dihantar melalui pos ke alamat yang tertera di borang permohonan.

7. Borang permohonan yang discan dan dihantar melalui email tidak akan dilayan.

8. Borang permohonan yang diterima selepas tempoh tamat tidak akan dipertimbangkan.

9. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.

10. Pemohon yang dipanggil untuk temuduga tetapi tidak dapat menghadirkan diri maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.

11. Jika sekiranya pemohon tidak dihubungi selewat-lewatnya selepas dua minggu tamat tempoh penyerahan borang, anggaplah permohonan tersebut tidak berjaya.

12. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM500 setahun. Bayaran ini ialah untuk bayaran pendaftaran, buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian. Pada hari pendaftaran bayaran minima ialah RM100.00.

13. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.
14. Borang permohonan untuk mengikuti kursus ini boleh dimuat turun di bawah ini.

Nota: Untuk muat turun borang ini, sila klik dengan "right mouse button" kemudian pilih "Save Target As..." selepas itu simpan fail ke folder yang diingini.

Format PDF : Borang Permohonan Kumpulan Ke-22, Sessi 2009/2010 (Iss1.0)

15. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke alsyifa@streamyx.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it atau telepon pejabat Darussyifa': 03-89250443 atau hubungi Ustaz Roslan: 019-2398573 atau Ustaz Jufry: 019-3634124 (dari 9:00 pagi hingga 5:00 ptg. sahaja)
Read More......

Solat duha sebagai roh rezeki

0 comments
REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.

Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.

Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba- Nya. (asy-Syura: 27)

Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?

Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.

Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.

Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan..

Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.

Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan

di akhirat kelak.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini. Bertepatan dengan seruan itu, PTS Millennia Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha yang telah diterjemahkan daripada buku Menyingkap Mukjizat Shalat Dhuha karya Muhammad Mokhtar.

Buku ini memotivasikan kita agar tidak sahaja kaya wang tetapi pada masa sama membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di sana.

Ia juga membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim.

Disokong dengan bukti-bukti yang menjelaskan bahawa melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang berganda dan diberkati.
Read More......

Saturday, October 10, 2009

Ya Allah Menangkan Islam..

0 comments
Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”



Read More......
Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com