Friday, November 13, 2009

Al Fatihah : Ika berehatlah dengan tenang...


Alhamdulillah selamat sampai dr Pasir Gudang kul 530 pagi td..walaupun tdk berkesempatan menatap dan mengiringi jenazah ke kuburan, ziarah kami dapat mempersembahkan rasa cinta dan ukhwah buat Almarhumah Nurul Zalikah disemadian.. hanya doa menjadi iringan..rasanya sahabat2 dari KL hampir kesemuanya tidak berkesempatan dan tiba lewat ke rumah bapa saudaranya di Pasir Gudang..ibu bapa almarhumah tiada disisi kerana sedang menunaikan fardu haji di Makah yang baru bertolak pd Isnin lalu,9/11/09. .

Almarhumah merupakan pelajar Al Quran & Al Hadith (anak murid Ust Anuar Ridwan), Timb.Bendahari Agung PMAPIUM 2002/2003 (Nilam Puri), TKP Siyasah PMIUM sesi 2005/2006..Begitu juga sangat aktif dalam IPIJ, GAMIS, Nisa' dan Muslimat. Cuma kesihatannya agak terbatas kerana didapati positif kanser tahap 2 hodgkin lymphoma sebaik tamat pengajian di APIUM 2007. Sejak itu beliau terpaksa berulang kali menjalani kimoterapi dan menetap di rumahnya di Johor Bahru. Semangat beliau yang kuat melawan penderitaan didepan beliau tidak menghalang beliau mengajar di sebuah kolej komuniti di Pasir Gudang..

Zalikah memang seorang yang cekal dan sangat positif ( http://zalikah. blogspot. com/). Tulisannya menggambarkan ketabahan beliau menahan kesakitan akibat derita yang ditanggungnya serta semangat juang & komitmen beliau bersama jemaah juga memang tidak dapat dinafikan.

Beliau dijumpai terjatuh dalam bilik air 4 hari lalu. Namun siapa menjangka, ketika sebahagian Muslimin menunaikan solat Jumaat semalam..Zalikah tidak sedarkan diri ..tepat jam 2.15 petang di hari Jumaat yang mulia...perginya insan yang sangat kita cintai dan hormati pengorbanan dan komitmen beliau bersama-sama menggerakkan usaha dakwah dan tarbiyah semenjak dari APIUM Nilam Puri hinggalah ke bumi uniperdana bersama PMIUM...rasa sebak silih berganti mengingatkan beliau yang tidak kenal erti penat lelah membawa momentum baru dalam gerakan muslimat di UM..

Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Masai selepas solat Maghrib. Semoga Allah merahmati dan membalas keikhlasan Almarhumah Nurul Zalikah sepanjang kehidupan dengan amal soleh dan menanti Cinta Allah dan Rahmat-Nya di syurga, Insya Allah..

Usia muda bukan jaminan mati ditangguhkan. .Persiapkan amal bekalan di hari kemudian..Semua akan kembali kepadanya..

Catatan ingatan buat sahabat,
Al Marhumah Nurul Zalikah Md Zan
1984-2009



0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com