Tuesday, November 3, 2009

Sekitar Jamuan Aidilfitri Wave


Alhamdulillah Jamuan Aidilfitri Wave telah berjaya diadakan pada hari Sabtu yang lalu (17 Oktober 2009) bertempat di Dewan Utama, Rumah Universiti, Universiti Malaya. Majlis ini telah dihadiri lebih 40 orang ahli unit. Apapun tahniah buat AJK Pelaksana dan sahabat-sahabat yang hadir dalam majlis tersebut hingga jayanya.

Lihat gambar di ALBUM

Majlis bermula jam 8.30malam itu diisi dengan Tazkirah oleh tetamu jemputan iaitu Ust Salihan dari Titiwangsa. Ustaz bercakap sekitar peranan dan cabaran amilin di sepanjang perjalanan samada sebagai diri muslim, keluarga muslim dan hidup bermasyarakat.

Seterusnya ucapan perletakan jawatan dari sdr. Syed Mohsin dan sdr. Radzi Zawawi diikuti pengumuman jawatankuasa baru unit.

Pengerusi :Mohd Aizat bin Jamaluddin
Timbalan Pengerusi:Nor Hanis bt Hamiruddin
Setiausaha :Aimi Nabihah binti Mohd
Bendahari:Mohd Hasbi
AJK :
Mohd Fadzil bin Ahamad
Wan Hazman bin Wan Jusoh
Nur Solihah binti Mohd Shah
Hanisah binti Che Halim

Ucapan terima kasih pada seluruh AJK yang diketuai oleh Syed Mohsin dan Hanisah yang bertungkus lumus menjayakan majlis jamuan. Tidak lupa buat jawatankuasa baru, semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Buat sahabat-sahabat..berjumpa kita lagi dimana-mana dan bila-bila masa..Amalkan ziarah antara satu sama lain kerana ukhwah itu bukan lahir dari majlis-majlis rasmi tapi lahir dari keikhlasan kita manutkan ukhwah sesama kita.

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com